Kenapa hanya salahkan Pak Lah?
Tersiar dalam Sinar Harian pada 27 April, 2008 muka N14
Dr Aisar Yee Abdullah
Desakan demi desakan dibuat oleh para pemimpin UMNO pelbagai peringkat untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad meletak jawatan. Hanya kita tidak bertemu dengan perkataan mahukan beliau letak jawatan segera. Perkataan sedemikian jarang ditemui dalam akhbar Melayu, dalam laman pemblog Melayu atau dalam perbualan orang Melayu. Orang Melayu memang bepekerti tinggi. Cakap mereka berlapik. Mereka tidak kata letak jawatan, mereka kata undur diri dan ada yang lagi yang lebih bersopan santun, mengundur diri pun tidak terkeluar dari mulut mereka. Mereka menyebut, serah kuasa berjadual.
Apa pun, di kalangan Melayu yang muda, mereka lebih tegas. Mereka berupa kelompok yang menyebut tepat sebagaimana maksud hati mereka. Golongan Melayu baru ini bersikap praktikal. Kalau penyodok mereka sebut penyodok. Mereka tidak terselindung lagi. MP Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir adalah contohnya. Bagi mereka, bagaimana ia dituturkan, fahaman orang ramai ialah ia membawa maksud sama, dalam konteks di atas, membawa maksud berundur atau letak jawatan jua.
Kita lihat kata-kata Khir Toyol sebagaimana dilaporkan oleh akhbar Star 20 April yang memetik beliau mebuat seruan kepada Abdullah untuk menyegerakan plan penyerahan kuasa. Ia tidak menggambar tuntutan letak jawatan segera. Namun,
Akhbar itu sebenarnya memetik blog bekas MB Selangor sebagai berkata demikian. Beliau menulis mahukan peristiwa itu berlaku sekarang atau menghadapi risiko masyarakat hilang keyakinan kepada Datuk Seri Najib sendiri jika Abdullah kekal sebagai PM sehingga pemilihan parti berlangsung pada Disember ini. Beliau memberi alasan bahawa semangat BN dan UMNO adalah rendah dan tidak akan berkeupayaan melawan arus dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Laporan-laporan di
Di negeri benteng UMNO, pendirian UMNO Johor berbelah bahagi.
Seorang lagi pemimpin UMNO dari Johor, Naib Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berpendirian amat tegas. Beliau mendakwa terpaksa bercakap keras kerana “dalam senario politik yang meruncing, saya terpaksa menyatakan kebenaran untuk membangkitkan kesedaran…”. Beliau pernah dilaporkan telah membuat kenyataan bahawa perubahan segera perlu dilakukan terhadap pucuk pimpinan parti jika tidak mahu UMNO kehilangan pengaruh atau kuasa. "Saya melihat apabila diperlukan, dalam keadaan yang kritikal supaya Melayu tidak terjerumus masuk gaung sampai tak bangun lagi, saya perlu bercakap," sambung beliau dengan keras.
UMNO tidak boleh dibiarkan jatuh ke dalam gaung apalagi tidak boleh bangun-bangun. UMNO mesti berkeadaan kuat dan dilihat kuat terutamanya ketika ini ia diancam oleh jembalang ciptaan Anwar Ibrahim, de fakto ketua Pakatan Rakyat. UMNO yang bercakaran dan lemah akan mendorong MP-MPnya terutama dari Sabah dan
Tidak dapat dinafikan bahawa Abdullah sekarang sedang berusaha keras untuk memperkuatkan kerajaannya melalui beberapa tindakan popular. Dia mengakui bahawa dia ada menyumbangkan sebab yang membawa kekalahan BN. Beliau sedar akan kelemahannya yang lambat bertindak ke atas janji yang dibuatnya pada 2004 lalu. Dia sedang berusaha dan meminta agar diberi peluang dan waktu untuk berbuat demikian.
Katanya rundingan-rundingan tentang penyerahan kuasa akan dibuat selepas selesainya perhimpunan agung UMNO Disember ini. Dia akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sekarang, iaitu Presiden. Dia akan berbincang dengan timbalannya, Najib. Bagaimanapun dia masih belum menyebut kerangka masa untuknya berbuat demikian.
Abdullah juga menegaskan bahawa dia inginkan penyerahan kuasa dalam UMNO berjalan lancar. “Saya tidak mahu meninggalkan parti dalam keadaan kucar-kacir atau memberitahu Najib bahawa itu adalah masalahnya, bukan saya. Itu bukan cara saya. Itulah juga caranya semasa Tun Mahathir menyerahkan kuasa kepada saya.” Kata beliau.
Najib bersetuju dengan plan tindakan Abdullah. Dia sedia menunggu dan memberi peluang kepada Abdullah untuk melakukan tindakan-tindakan positif ke arah memantapkan parti dan mengembalikan keyakinan rakyat terhadap UMNO dan BN.
Persoalannya, perlukah adanya desakan dari para pemimpin UMNO untuk memaksa Abdullah meletakkan jawatan Presiden UMNO? Apakah baru-baru ini UMNO kalah teruk dalam pilihan raya? Ramai orang terpengaruh untuk mempercayai bahawa UMNO telah kalah besar dalam pilihan raya baru-baru ini.
Perbahasan hendaklah beralaskan fakta. Ia tidak boleh didorong oleh sentimen dan prasangka. Kita kaji prestasi UMNO di beberapa buah negeri. Kita ketepikan Kelantan kerana sentimen orang Kelantan adalah terkeluar dari kebiasaan yang ada pada orang lain di Malaysia. Dulu pernah tertulis iklan di badan-badan bas semasa kempen tahun melawat Kelantan, ‘Kelantan the most extraordinary place on earth” untuk mendorong orang melawat Kelantan. Fe’el orang Kelantan pun begitulah.
Pulau Pinang BN tewas. Dari 40 kerusi yang dipertandingkan, BN menang hanya 11 kerusi dan kesemua kerusi itu datangnya dari komponen UMNO. UMNO hanya kalah 4 kerusi DUN sahaja. Gerakan, MCA dam MIC yang bertanding sebanyak 25 kerusi gagal memenangi sebarang. Negeri terbang kerana kelemahan parti komponen lain bukannya UMNO. Kedah pun begitu. Calon UMNO kalah kerana bukan Melayu tidak lagi menyokong UMNO. Kenapa salahkan UMNO?
Di Perak pun keadaannya sama. Untuk memerintah negeri, sesebuah parti perlu memenangi tidak kurang dari 30 kerusi. UMNO menang 27 kerusi dan MCA hanya menyumbang satu kerusi menjadikan kesemuanya dimenangi BN sebanyak 28, iaitu kurang dua untuk membolehkannya memerintah. UMNO hanya kalah
UMNO menghadapi sedikit kelemahan di Selangor. Ia menang 18 kerusi dari 35 yang ditandingi. Ini adalah berpunca dari kelemahan pimpinan UMNO negeri. Para komponen BN yang lain yang diberi kepercayaan untuk bertanding di 21 kerusi lagi hanya mampu menyumbang dua kemenangan, baki 19, kalah. Sekali lagi rakan-rakan lain gagal memainkan peranan mereka untuk membawa kemenangan kepada BN.
Hanya UMNO yang berjaya menggalas kemenangan kepada BN. Tanpa sumbangan dari parti komponen lain, negeri-negeri berkenaan jatuh ke tangan PR. Anehnya, para pemimpin UMNO menuding jari ke arah Abdullah dan memintanya meletak jawatan. Kenapa tidak sahaja beritahu Koh Tsu Koon, Ong Ka Tin, Samy Vellu, dan M. Kayveas untuk meletak jawatan kerana merekalah yang gagal menyumbang kerusi kepada BN. Jangan salahkan Abdullah selaku Pengerusi BN sebab kekalahan parti mereka.
Terbukti mereka gagal memainkan peranan sebagai ketua parti komponen dalam menyampaikan hasrat dan aspirasi kaum mereka. Mereka berpuashati dengan apa yang Abdullah berikan. Mereka gagal ‘membaca’ keinginan komuniti mereka. Merekalah yang patut meletak jawatan, bukannya Abdullah.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home