BN gawat kerana ‘gempaq’ Anwar
Rencana ini tersiar dalam Sinar Harian, Rabu 26 Mac, 2008 muka N25
KEPUTUSAN pilihan raya umum ke 12 yang meletakkan parti pemerintah, BN, kehilangan kerusi majoriti dua pertiga menyemarakkan isu lompat melompat parti diperkatakan. Sebelum pilihan raya ini tiada tokoh bercakap tentangnya kerana kedudukan BN tidak pernah tergugat. Menguasai lebih dari 190 kerusi dari kesemuanya 220 kerusi tidak menuntut BN untuk langsung memikirkan hal ini.
Dengan memenangi 140 kerusi berbanding dengan 82 yang diperolehi pembangkang, BN, peliknya merasakan dirinya sudah agak tergugat. Dalam hal biasa memenangi kerusi sebanyak itu yang hanya 8 kerusi sahaja kurang dari mendapat majoriti dua pertiga sudah cukup baik dan jarang tercapai oleh parti politik lain di seluruh dunia. Bagi BN ia sudah merimaskan.
Sebetulnya, kedudukan ini memang sudah kuat. Kerajaan PAS Kelantan sebelum pilihan raya terakhir ini hanya bermajoriti dua kerusi sahaja dan itu pun berkurangan menjadi satu kerusi berikutan kekalahan pada pilihan raya kecil. Kerajaan negeri itu boleh bertahan selama empat tahun sungguhpun ia dihantui oleh kebimbangan adanya ADUN yang akan melompat. Itu majoriti tunggal bukannya 58 seperti yang ada pada BN sekarang.
Tentulah menghairankan apabila BN dilihat sebagai berada dalam suasana cemas meskipun memiliki majoriti sebesar itu. Ia bimbang kalau-kalau ada MPnya yang melompat menyertai barisan pembangkang. Kalau seorang dua melompat pastinya tidak mengkhuatirkan sangat tetapi kalau sampai 30 orang, majoriti akan berpindah kepada pembangkang bagi membolehkannya membentuk kerajaan dan membuatkan BN pula berada di pihak pembangkang.
Sebelum membicarakan tentang permasalahan Akta Anti Lompat ini, elok juga kalau kita melencong sedikit dan bertanya, apakah ada seramai 30 orang MP BN akan melompat serentak sehinggakan memaksa Setiausaha Agung UMNO dan BN membentuk satu team bagi menyiasat dan merisik kemungkinan itu. Barangkali rebut besar sedang melanda UMNO dan BN sehingga idea sebegitu pun terpaksa dilayan oleh BN. Benarkah BN berada dalam suasana terlampau gawat? Bencana demi bencana sedang melanda?
Penulis beranggapan suasana itu wujud kerana ancaman adanya orang akan melompat dicetuskan oleh Anwar Ibrahim, de fakto ketua barisan pembangkang. Nama Anwar mula menggerunkan BN. Laporan Bernama di Ipoh pada 21 Mac memetik beliau sekali lagi mengulangi dakwaan ramai MP BN telah menyatakan hasrat menyertai PKR tetapi beliau tidak mahu terburu-buru. Beliau mengaku telah mengadakan perjumpaan dengan wakil-wakil BN di Sabah,
Anwar nampaknya tekad mahu meletakkan UMNO dalam dilemma besar apabila dia menyebut adanya MP BN dari Semenanjung turut bertemunya melahirkan hasrat untuk melompat ke partinya. Dengan menyebut demikian, gambaran yang hendak diberikan Anwar ialah keadaan BN amat parah. Orang akan mudah percaya dakwaan Anwar itu kerana mereka amat biasa mendengar tokoh politik dari Malaysia Timur melompat.
Penulis beranggapan kenyataan Anwar ini berupa hanyalah ‘tembak’ atau dalam bahasa utara disebut ‘saja gempaq’ sahaja yang bertujuan untuk menghuru-harakan parti dan kepimpimpinan BN dan meletakkan mereka dalam keadaan keresahan, sedangkan kebenaran belum pasti. Tembakan ini juga bertujuan meletakkan MP-MP terutamanya yang berada di Sabah dan
Anwar kelihatan seperti telah berjaya mencapai matlamatnya meletakkan pimpinan BN dalam kedaan resah dan rimas sehingga mereka terpaksa menghalusi keperluan mewujudkan satu Akta atau Rang Undang-Undang bagi menghalang ADUN atau MP dari melompat meninggalkan parti ke parti yang lain. Dalam keadaan lain, sepatutnya kalangan Anwarlah yang perlu bimbang kerana kemungkinan besar wujud bagi 8 orang MPnya beralih ke BN untuk membolehkan kerajaan BN kembali mendapatkan kuasa majoriti dua pertiga.
Malah di peringkat negeri, situasi yang dihadapi oleh kerajaan ‘Barisan Rakyat’ agak meruncing kerana majoriti mereka adalah amat kecil. Di negeri Perak, majoriti hanyalah tiga sahaja (pakatan BA mendapat 31 kerusi dan BN 28 kerusi) dan BN hanya memerlukan dua orang ADUN dari kalangan pendokong Anwar untuk melompat dan seterusnya menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan MB PAS itu. Sebaliknya, dari apa yang dilihat sekarang, persepsi ramai ialah Anwar amat yakin dengan kemantapan perkongsiannya. BN pula yang nampak gusar dengan kesetiaan ADUN atau MP parti itu.
Sabtu baru-baru ini akhbar melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim memberitahu bahawa beliau akan mencadangkan satu undang-undang untuk menghalang wakil rakyat dari melompat parti digubal secepat mungkin ekoran desas desus bebrapa orang MP BN akan bertindak melompat parti. Ia perlu digubal segera bagi menjaga kepentingan awam, integriti, dan moral serta tidak menyusahkan pentadbiran sesebuah negeri. Zaid terkenal sebagai seorang reformis dan cadangannya boleh dilihat sebagai tercetus kerana ingin melihat integriti wakil rakyat berada di tahap unggul dan bukannya kerana takutkan MP BN beralih parti.
Situasi yang dialami UMNO dan BN sekarang, yang dulunya sebuah parti dinosaur sekarang sebenarnya berpunca dari krisis keyakinan diri. Parti itu tidak berpengalaman kalah dalam pilihan raya. Ia menang besar tetapi ia tidak tahu. Ombak tsunami politik yang melanda tanah besar Semenanjung benar-benar menakutkannya. Ia membenarkan Anwar mampu buat gempaq dan dia terpengaruh dengan cetusan itu. Agak
Perbuatan lompat melompat ini bukanlah amalan parti pembangkang. Bagi seseorang hendak diminta melompat, umpan hendaklah disediakan. Apakah umpan yang mampu disogokkan oleh mereka. Anwar boleh memujuk 30 MP BN menyertai pakatannya. Masalahnya, apakah yang hendak dijanjikan beliau? Jawatan menteri, timbalan menteri? Kalau itu yang dijanjikan, bagaimana pula dengan kedudukan 82 orang MP yang telah lama setia bersamanya? Ramai pula yang pernah ditahan kerana memperjuangkan Anwar. Dilupakan begitu mudah?
Hendak dibayar dengan wang? Murahkah harga seseorang MP itu? Setakat sejuta dua RM, pastinya tidak menarik. Kalau dibayar RM5juta seorang, pastinya 30 orang berjumlah RM150juta. Banyakkah duit Anwar? Orang tahu apabila Anwar bermasalah dengan Dr Mahathir, tuduhan rasuah yang dikenakan kepadanya bukanlah berbentuk ringgit dan sen tetapi lebih kepada moraliti dan afidavit Khalid Bank Negara yang mengatakan Anwar memiliki puluh-puluh juta ternyata palsu dan ini diakui Khalid melalui afidavitnya semasa penyiasatan kes video Lingam.
Pihak pembangkang bertubi-tubi diasak oleh jentera BN yang diketahui umum memiliki segalanya termasuk wang ringit, jawatan dan pengaruh. Banyak percubaan untuk membeli ADUN atau MPnya. Kalau bukan wang ringgit yang dijanjikan, BN boleh menjanjikan jawatan lunak di pelbagai rangkaian. Adakalannya, tujuan MP atau ADUN dipujuk menyertai BN tidak semestinya untuk menjatuhkan kerajaan pembangkang. Ia bermotif lain.
Semasa pilihan raya 1990, apabila BN kehilangan kesemua kerusi parlimen yang ditandinginya bagi di Kelantan, usaha-usaha dilakukan untuk memujuk ADUN Semangat 46 menyertai UMNO. Penyertaan mereka tidaklah untuk memperkuatkan kerajaan BN ketika itu tetapi hanyalah untuk melemahkan keyakinan anggota dan pimpinan dan seterusnya menghancurkan parti Semangat 46 sahaja.
Di peringkat negeri pun usaha dilakukan. Negeri-negeri yang diperintah oleh pembangkang seperti Kelantan dan
Usaha kerajaan PBS mengekalkan kerajaannya dengan meluluskan Rang Undang Anti Lompat gagal kerana Rang Undang-Undang seperti itu diisytihar bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Seperti juga di lakukan oleh kerajaan Sabah, kerajaan PAS Kelantan pernah meluluskan satu rang Undang-Undang Anti Melompat bagi menghindarkan ADUNnya dilobi kuat menyertai BN. Rang Undang-Undang itu di antara lainnya memperuntukkan bahawa jika di mana terdapatnya kes seorang ADUN itu bertukar parti selain dari parti di mana dia dipilih memenangi pilihan raya, keanggotaannya dalam Dewan gugur. Rang Undang-Undang itu juga menyebut keanggotaan seseorang dalam DUN juga gugur kalau dia dipecat dari parti.
Wujudnya Rang Undang-Undang sebegitu masih tidak menghalang BN dari terus menggasak untuk memujuk wakil-wakil rakyat pembangkang menyertainya. Dua orang ADUN Semangat 46 yang bersama PAS membentuk kerajaan negeri Kelantan bertindak meninggalkan parti dan menyertai UMNO. Penyertaan mereka ke dalam UMNO menyebabkan DUN Kelantan mengisytiharkan kedua-dua kawasan yang mereka wakili itu menjadi kosong dan pilihan raya kecil hendaklah diadakan.
Dua orang bekas wakil rakyat Semangat 46 membawa kes pengisytiharan kerusi kosong sebagai tidak sah dan mahkamah akhirnya membuat keputusan menyebelahi wakil rakyat yang baru menyertai UMNO itu. Dalam kes Nordin Salleh Lwn PAS, Mahkamah Rayuan menolak permohonan PAS di atas alasan ia tidak menepati kehendak Perlembagaan. Artikel 10 (1) (C) menganggap peruntukan yang diluluskan oleh Kelantan melanggar peruntukkan Perlembagaan Persekuan yang menjamin hak seseorang menyertai mana-mana pertubuhan pilihannya.
Memandangkan kali ini, bukan kerajaan pimpinan pembangakang yang mahu mengambil inisiastifnya, pembentangan Rang-Undang boleh dibentangkan oleh Zaid dan Penulis yakin kerana semangat Akta ini baik dan amat perlu bagi menghormati pilihan pengundi yang memilih parti bukannya calon, penggubval undang-undang dari parti yang tidak bersama BN akan turut menyokongnya. Penulis dapati DAP sudah pun menyokongnya dan Nik Aziz juga telah menyatakan persetujuannya dengan cadangan Zaid ini.
Semoga Rang Undang-Undang dibentang bukan berdasarkan untuk menghindar ADUN atau MP BN dari menyertai barisan parti pimpinan Anwar tetapi demi menjadi maruah penggubal undang-undang itu sendiri dan mengekal prinsip demokrasi sebenar. Sesuatu yang pada mulanya dicetuskan hanyalah bertujuan untuk membuat ‘gempaq’ menghasilkan sesuatu yang baik bagi para pemilih. Dan Zaid boleh melakukannya.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home