Perangi rasuah dan pembaziran habis-habisan
Tersiar dalam Sinar Harian Ahad 15 Jun, 2008 muka N14
Kadangkala terasa pelik juga dengan pertimbangan yang dibuat oleh pertubuhan politik, PBK (NGO), dan orang perseorangan dalam percubaan menangani kemelut kenaikan harga petroleum. Tidak dinafikan bahawa kemelut itu memberikan kesan mendalam sehinggakan akhbar-akhbar tanpa henti setiap hari menyiarkan berita-berita berkaitan kesulitan-kesulitan yang dihadapi rakyat. Banyaklah saranan dibuat agar penjimatan-penjimatan dilakukan terutamanya oleh kerajaan.
Penulis ingin mulakan dengan satu e-mel yang dihantar kepadanya oleh seorang pembaca. Penulis yakin cadangannya berupa gurauan semata-mata atau sekurangnya sinikal. Dia mencadangkan: “Para menteri disaran bertindak lebih setapak maju berbanding tindakan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Kalau Guan Eng naik kapal terbang MAS kelas ekonomi, para menteri BN akan lebih popular kalau mereka menaiki kapal terbang Air Asia dan tidak menggunakan pas ‘express boarding’ di mana sejumlah RM20 lagi dapat dijimatkan”
Dalam nada yang lebih serius beliau mencadangkan Perdana Menteri menjual atau memajak (sehingga harga petroleum turun ke paras lebih rendah) semua eksekutif jet milik kerajaan dan mula menggunakan perkhidmatan pesawat komersial kalau ingin ke mana-mana. Naik kelas pertama pun tidak mengapa. Banyak belanja bulanan dapat dijimatkan dan ratusan juta dapat dimasukkan ke dalam khazanah negara hasil jualan jet-jet itu.
Itu ada di antara saranan-saranan yang dibuat. Penulis bersetuju saranan terakhir itu dipertimbangkan apalagi PM sendiri sudah mengumumkan bilangan orang boleh menyertai rombongan menteri sudah dihadkan. Kalau setakat 5 atau 6 orang sahaja yang boleh ikut, buat apa bawa jet khusus. Apa pun saranan yang dibuat, saranan itu hendaklah berbentuk sesuatu yang benar-benar boleh menyelesaikan sebahagaian daripada masalah negara sekarang.
Di dalam perlumbaan para pemimpin mengumumkan langkah-langkah mengurangkan perbelanjaan kerajaan, terasa lucu pula apabila membaca hampir semua pemimpin kerajaan negeri bertindak mengikuti langkah diambil oleh PM mengurangkan peruntukan elaun keraian sebanyak 10 peratus.
Ketua Menteri Melaka mengumumkan elaun keraian ditolak sebanyak RM550 bagi dirinya sebulan, Speaker dan Exco RM100 dan ADUN RM25. Ramai para MB dan KM mengumumkan pemotongan elaun itu. Pokoknya, adakah itu sahaja yang mampu terfikir oleh para ketua eksekutif negeri-negeri sebagai langkah mengurangkan penderitaan rakyat? Potong elaun ADUN RM25 sebulan? Seriuskah kalian wahai para YAB?
Seperti yang penulis lakar pada tulisan sebelum ini, elaun keraian tu bukanlah sesuatu yang membebankan negara atau negeri. Bukan elaun itu yang harus diberi tumpuan sewaktu mencari-cari item perbelanjaan yang boleh menyelamatkan negara dari krisis harga petroleum ini. Elaun itu perlu bagi para wakil rakyat dalam menguruskan perkhidmatan dengan pengundi mereka. Kenyataan wakil-wakil rakyat pembangkang di Pahang sebagaimana tersiar dalam Sinar Harian Pahang, Khamis kelmarin adalah buktinya.
ADUN Tras merumuskan: Kerjaaan negeri sepatutnya mencari dulu punca yang menimbulkan pembaziran di negeri ini. Pemotongan elaun wakil rakyat cuma menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri namun tetap tidak mengurangkan bebanan yang ditanggung rakyat. Benar kata ADUN itu. Perbelanjaan RM25 bukanlah daging dan nanah kepada kerajaan negeri.
Menteri Besar Pahang akhirnya bersetuju untuk tidak memotong elaun keraian ADUN biasa. Pemotongan yang dilakukannya hanya melibatkan MB dan para exco sahaja. Peratusan amaun yang dipotong adalah 30 peratus.
Sepintas lalu boleh penulis bayangkan betapa banyak kerajaan negeri kehilangan punca pendapatan melalui pencerobohan tanah-tanah terutamanya tanah balak yang dibiarkan berlaku di depan mata pihak berkuasa. Berapa banyak pula kerugian dialami berikutan konsesi balak diberikan pada harga yang amat rendah tanpa mendapatkan sebutan tender terbuka. Puluhan malah mungkin ratusan juta RM terbabit setiap tahun barangkali bagi satu negeri.
Tindakan seperti itulah yang patut diambil dan bukannya membiarkan itu berterusan tetapi memotong RM25 dari ADUN! Stesen TV sentiasa dari semasa ke semasa mendedahkan kes kecurian balak, pasir dan pencerobohan tanah kerajaan untuk tujuan komersial yang melibatkan kerugian besar kepada kerajaan-kerajaan negeri. Pembangunan tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan ongkos, tetapi punca hasil terbiar akibat rasuah yang berleluasa.
Selidik gerak-geri mereka yang berkuasa di PBT (bandaraya, perbandaran atau majlis daerah). Adakah mereka menjalankan tugas dengan baik. Perlu diperhatikan gelagat mereka. Mungkin banyak hasil yang patut pergi kepada kerajaan tetapi masuk ke poket mereka. Lihat betapa banyaknya syarikat-syarikat yang menjual kereta terpakai menjalankan perniagaan di bahu-bahu jalan atau di bawah jejambat. Apakah mereka dikenakan sewa? Dipercayai ramai di antara mereka menceroboh tanah kerajaan. Mereka orang kaya. Kita dapati kalau si miskin membuka warong di situ, mereka segera diusir.
Rasuah dan pembaziran berlaku di mana-mana. Ia semacam sudah diiktiraf sebagai satu
Kita tidak ada kekuatan politik untuk mencapai tahap seperti mana diperolehi oleh
Suku abad selepas itu, pembelian dan penyalahgunaan wang rakyat masih lagi berlaku, malah bertambah buruk. Laporan Ketua Juruodit Negara 2006 mendedahkan Kementerian Belia dan Sukan membayar RM5,700 untuk satu jek kereta yang sebenarnya bernilai RM50. Kementerian itu kesemuanya membelanja RM8.39juta berlebihan dari sepatutntya ke atas pembelian di mana contoh yang diberikan di atas.
Laporan itu juga menyebut bagaimana Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat memberi bantuan kepada PBK (NGO) yang tidak layak menerimanya dan bagaimana Jabatan Kebajikan Masyarakat di Raub dan Bentong didapati memberi bantuan sebanyak RM113,035 kepada 36 orang yang telah lama meninggal dunia.
Kementerian Pengajian Tinggi pula memberi pinjaman sebanyak RM5.59juta kepada 4,183 pelajar yang tidak memohon pinjaman. Laporan itu juga menyebut tentang ketidakcekapan pengurusan dan penangguhan pembinaan 6 bot patrol pesisir pantai (OPV) menyebabkan peningkatan kos sebanyak RM1.4bilion.
Terlampau banyak contoh yang melibatkan pembaziran dapat diberikan kalau ruangan ini membenarkan. Kekalutan pengurusan Kompleks Sukan di London, pembaziran perbelanjaan pelancongan di Korea, ratusan juta dibelanjakan untuk Piala Monsun di Terengganu dan ‘bailout’ bernilai RM4.6 bilion lebih untuk Port Klang Free Trade Zone. Kerajaan pada mula dijanjikan bahawa projek di Pelabuhan Kelang itu tidak akan membabitkan satu ringgit pun wang rakyat kerana ia adalah ‘self-financing’ dan berada dalam tangan para pakar. Bailout itu sekarang ditakrif sebagai pinjaman oleh kerajaan.
Seorang pembaca memberi ‘petunjuk’ kenapa para pemimpin memilih untuk melaksanakan projek mega. Mengikut beliau rasionalnya adalah begini: Kalau dibina sebuah rumah berharga RM250 ribu tetapi kontrek diberi dengan harga R800 penyelewengannya ketara dan mudah dikesan. Ia dianggap melampau dan tetapi kalau bangunan berharga RM60 juta dikenakan harga RM70 juta, tidak ramai yang boleh menduga bahawa bayaran lebih sebanyak RM10 juta telah dibuat untuk tujuan rasuah. Itulah rasionalnya, lebih mudah memakan rasuah untuk projek yang mega-mega. Benarkah?
Untuk kali ini, ketika rakyat diminta mengubah
Setiap hari, bermacam-macam berita yang menunjukkan harga barangan dan makanan bertambah mahal. Jalan raya menjadi sepi. Kompleks membeli belah kekurangan pengunjung. Kedai makan yang mengenakan caj RM2 sahaja sepinggan di sebuah pecan kecil menjadi bahan berita utama akhbar dan stesen-stesen TV hari ini. Dulu cerita seperti itu adalah cerita biasa tetapi hari ini ia sebuah cerita ganjil dan layak mendapat tempat di media

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home