Wajar kaji balik kadar kenaikan harga petroleum
Tersiar dalam Sinar harian, Sabtu 8 Jun, 2008 muka N14
Oleh Dr Aisar Yee Abdullah
Minggu lepas penulis bersama seluruh anggota keluarga berada di
Orang panggil penulis bapak, sungguhpun mereka bukan anak penulis. Isteri penulis pula disebut ibu sungguhpun isteri penulis hanya pernah mengandung lapan kali. Tetapi mengapa ratusan orang memanggilnya ibu, pelik juga.
Di
Namun, pemergian rombongan kami ke
Semua ini gara-gara kenaikan BBM, atau penuhnya, bahan bakar mentah sebanyak 30% dengan harga baru kira-kira RM2.07 sen seliter.
Kami nampak begitu kelam-kabut keadaan rakyat di
Perdana Menteri kita pun membuat perakuan sama pada Februari 2006 selepas bertindak menaikkan harga petroleum dari RM1.62 kepada RM1.92. Sekarang, perakuan tidak dapat dikotakan kerana masalah sama seperti yang dihadapi Susilo.
Kembali ke Malaysia, kita berdepan dengan harga baru petroleum, bukan kepada RM2.07 seliter seperti di Indonesia tetapi RM2.70 dan bukan sebanyak 30% tetapi 41%. Kalau di Indonesia harganya RM2.07 gawat pastinya kita di sini RM2.70 turut sama kecoh dan dibantah keras. Semua media
Kekecewaan memang memuncak. Dalam keadaan kecewa yang ditunjukkan rakyat begitu rupa, pelbagai alasan diberikan dan ada di antara kecaman yang diberikan itu yang tidak rasional. Apa sahaja alasan yang dapat difikirkan diluahkan bagi menghentam tindakan kerajaan yang dikatakan bertindak sebaik sahaja pilihan raya umum selesai.
Tidak sampai seratus hari pun mandat kembali diberikan, BN yang diberi persepsi disinonim dengan ‘Barang Naik’ bertindak menaikkan harga barang itu. Sekarang ia dikatakan Bohong Negara pula.
Sejumlah ADR Sabah dipersalahkan secara tidak adil. Secara sinis mereka diberi tahniah kerana dituduh bertindak berlakon menghentam kerajaan untuk kepentingan diri. Pemergian Perdana Menteri ke
Tuduhan lain juga dilemparkan kepada mereka dari
Begitulah kenaikan harga pertoleum telah menjejaskan kredibilti pemimpin dari
Kenaikan harga petroleum yang kadar amat tinggi ini, iaitu 78 sen seliter adalah yang terburuk dalam sejarah negara turut dirasai oleh golongan berpendapatan rendah dan tidak memiliki kenderaan kerana ia akan membabitkan kenaikan kos pengangkutan awam, pengangkutan barangan komersial dan harga barangan keperluan harian pula.
Sehari selepas Abdullah mengumumkan kenaikan harga petroleum, para pengusaha lori di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang mengumumkan kenaikan kadar kos pengangkutan sebanyak 35 peratus. Begitu pantas kesannya. Pasti beberapa pengumuman tentang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan akan dibuat sehari dua ini.
Golongan yang miskin dan tidak ada kena mengena dengan kenaikan ini turut terjejas kerana sudah pasti harga barang dan keperluan lain juga turut naik seiring kenaikan bahan bakar ini. Bayangkan harga petroleum naik 41% sekilo kos pengangkutan komersial diumumkan naik 35% seolah harga bahan itu merupakan 90 peratus dari komponen kos pengangkutan. Harga beras naik 50 sen sekilo, harga nasi kosong naik 50 sen sepinggan sungguhpun satu pinggan nasi menggunakan tidak sampai segenggam beras. Itulah kesannya. Tepung gandum naik 10 sen sekilo, roti canai naik 10 sen sebiji. Tetapi para pemimpin bercakap kesan yang dihadapi terlalu kecil!
Pihak kerajaan bagaimanapun cuba meredakan kerumitan dihadapi rakyat melalui usaha-usaha lain seperti memberi imbuhan tunai sebanyak RM625 setahun kepada pemilik kereta berenjin berkapisiti tidak melebihi 2000cc sebaik sahaja mereka membuat bayaran cukai jalan nanti. Pengguna motosikal dibayar RM150 setahun. Namun, tindakan kerajaan itu juga tidak disambut baik oleh sebilangan rakyat di atas alasan ia tidak membabitkan rakyat yang tidak memiliki kenderaan tetapi terpaksa menanggung kesan kenaikan bahan itu.
Malah ada yang mengadu bahawa banyak orang kaya yang memiliki kereta mewah seperti BMW yang berkuasa di bawah 2,000cc berharga RM230 ribu diberi subsidi tetapi orang kampung yang menggunakan kereta mercedes benz 240D buruk berusia 20 tahun lebih berharga RM7000 tidak mendapat apa-apa. Malah, harga diesel pula naik sebanyak RM1 lagi seliter. Mana tidak sengsara. Ramai orang kampung dan peniaga pasar malam menggunakan kereta besar untuk mengangkut barang dagangan mereka. Bagaimana pula dengan mereka yang memiliki Mini Cooper 1400cc berharga RM300,000?
Akhbar-akhbar seperti biasa akan menyiarkan jadual perbandingan harga minyak yang bertujuan untuk menunjukkan harga yang dibayar oleh rakyat Malaysia masih murah berbanding orang lain di negara lin. Biasanya, Singapura dan Thailand sering dijadikan contoh. Mereka yang enggan menerima penjelasan itu memberikan senarai harga yang dikenakan oleh negara asing ke atas rakyat mereka sesuai dengan kedudukan mereka sebagai negara pengeluar minyak.
Berikut adalah senarai harga petroleum yang dikenakan oleh beberapa negara pengeluar minyak ke atas rakyat mereka bagi seliter. Amiriah Arab Bersatu - RM1.19, Mesir- RM1.03, Bahrain - RM0.87, Qatar - RM0.68, Kuwait - RM0.67' Arab Saudi - RM0.38, Iran - RM0.35, Nigeria - RM0.32, Turkmenistan - RM0.25, Venezuela - RM0.16 dan MALAYSIA - RM2.70.
Segala jari tertumpu kepada sumbangan Petronas kepada kerajaan. Ke mana kerajaan membelanjakan wang sumbangan Petronas sebesar RM335 bilion setakat ini? Adakah ia dibelanjakan secara berhemah? Terdapat tuduhan bahawa komisen untuk membeli senjata pun sudah berjumlah setengah bilion. Itu perbelanjaan kerajaan dan bagaimana pula dengan perbelanjaan yang kerajaan arahkan Petronas lakukan?
Di zaman pemerintahan Dr Mahathir banyak tuduhan bahawa Petronas telah digunakan untuk beberapa ‘bailout’ yang tidak melibatkan kepentingan rakyat tetapi individu. Semua orang tidak tahu tentang perbelanjaan Petronas kerana ia tidak tertakluk kepada pembentangan di Dewan Rakyat. Ia sekadar sudah cukup untuk diletakkan di atas meja pejabat Perdana Menteri.
Ramai orang berpendapat kerajaan wajar mempertimbangkan kembali kenaikan yang diumumkan ini kerana ia amat membebankan rakyat di samping kemungkinan berlakunya implikasi sampingan yang besar terhadap ekonomi negara. Penggunaan domestik akan lembab dan pembangunan ekonomi mungkin negatif. Kadar pengangguran dijangka akan bertambah kerana ada sektor yang tidak efisyen terpaksa ditutup akibat tidak dapat menampung kos. Pungutan cukai akan berkurang dan banyak lagi implikasi lain. Mungkin kita dapat menyelamatkan RM4 bilion tetapi kerugian RM40 atau RM400 bilion di tempat lain.
Bolehkah kita meminta rakyat tukar gaya hidup dari menaiki basikal kepada berjalan kaki atau makan ubi kayu bukannya nasi seperti pernah disarankan oleh seorang pemimpin? Barangkali ia boleh dilakukan kalau para MB sanggup menjadi macam Nik Aziz duduk di rumah kecil di Pulau Melaka atau semacam Lim Guan Eng menaiki pesawat kelas ekonomi sebagaimana dilaporkan oleh Ning Baizura yang terserampak dengan beliau atau kita masih mengekalkan tabiat menaiki jet khusus kalau ke luar negara bukannya pesawat komesrsial MAS?
Kalau itu boleh dilakukan pemimpin melalui konsep kepimpinan melalui teladan, sedikit pengurangan harga minyak sudah memadai. Biarlah semua orang menanggung derita bersama. Kalau pemimpin tidak sanggup, wajarlah kenaikan harga petroleum dikaji balik kepada suatu kenaikan yang lebih munasabah.

0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home