Sekonyong buat seketika keadaan di Perak meruncing
Rencana ini tersiar dalam Sinar Harian, Rabu 2 April. 2008 muka N10
Oleh Dr Aisar Yee Abdullah
SEKONYONG buat seketika, atau kira-kira untuk selama 6 jam keadaan di Perak amat runcing. Imbangan kekuatan parti pemerintah, iaitu gabungan PAS, DAP dan PKR di satu pihak dan BN di pihak yang lain hampir setara. Parti kerajaan sudah kehilangan 1 kerusi berikutan peletakan jawatan ADUN Buntong, A Sivasubramaniam meninggalkan parti DAP. Boleh dibayangkan betapa gelabahnya para pemimpin DAP menghadapi saat getir berikutan datangnya peristiwa tidak diundang.
Situasi yang sama pastinya dialami oleh para pemimpin PAS dan PKR baik di Perak mahupun di peringkat pusat. Masing tentu penuh bimbang memikirkan masa depan kerajaan Perak yang baru sahaja dibentuk itu. Mereka terkilan kalau-kalau tidak berpeluang untuk membuktikan bahawa mereka mampu memerintah Perak dan seterusnya meyakinkan pengundi bahawa mereka tidak membuat kesilapan pada 8 Mac lepas.
Negeri Perak berkeadaan sama seperti yang dihadapi kerajaan PAS Kelantan sebelum pilihanraya umum baru-baru ini. Melalui pilihan raya 2004 PAS memenangi 24 kerusi Dewan Undangan Negeri sementara Barisan Nasional menang sebanyak 21 kerusi. Beza 3 kerusi. Di Perak, pakatan BA mendapat 31 kerusi sementara BN memenangi 28 kerusi juga 3 kurusi membezakan pemerintah dengan pembangkang.
Di Kelantan, pada pertengahan musim, seorang ADUN PAS meninggal dunia dan satu pilihan raya kecil diadakan. Calon BN berjaya mengalahkan calon PAS menyebabkan kedudukan anggota Dewan hampir sama. Bilangan ADUN PAS berkurangan menjadi 23 dan ADUN BN pula meningkat menjadi 22. Hanya satu kerusi membezakan parti mana duduk di sebelah mana, sebagai kerajaan atau sebagai pembangkang.
Buat satu masa yang ketara panjang bagi pemimpin DAP, sungguhpun hanya separuh hari bagi orang lain, terutamanya, pada Selasa lepas, berikutan pengisytiharan ADUN DAP keluar dari partinya, imbangan kedudukan parti di Perak juga berubah. Kerajaan campuran PAS, DAP dan PKR berkeadaan amat genting. Kekuatannya hanya tinggal 30 berbanding dengan BN 28 sebelum mengambil kira pendirian A. Sivasubramaniam ADUN yang keluar parti itu. Kalau dia melompat menyertai BN, sama ada MIC atau Gerakan atau PPP, kekuatan BN meningkat menjadi 29. Maka, akan tinggal satu kerusi sahaja yang membezakan kerajaan dan pembangkang. Sama seperti dengan Kelantan pada tahun lepas.
Amalan seseorang calon melompat menyertai BN adalah lumrah. Banyak manisan boleh dijadikan umpan. BN memiliki segalanya dan mampu melakukan segalanya kalau ia mahu. Cuma sehari dua ini, tarikan kepadanya agak berkurangan sedikit. Tetapi, kemungkinan Sivasubramaniam menyertainya itu ada dan alasan pun ada. Jika BN kembali berkuasa, Sivasubramaniam boleh dijadikan anggota exco kerana barisan ADUN BN di Perak tidak kedapatan seorang pun
BN juga mudah mengumpan jawatan exco untuk mana-mana ADUN DAP atau PKR berketurunan bukan Melayu yang tidak dilantik oleh Nizar sebagai exconya kerana di atas alasan yang sama, kesemua ADUN BN yang menang hari itu adalah Melayu kecuali satu Cina. Maka mana-mana ADUN berketurunan Cina atau
Keadaan ini mengecut perut barisan pimpian PAS, DAP dan PKR. Dalam masa mereka bercakap kemungkinan ramai wakil rakyat BN menyertai pakatan mereka, seorang wakil rakyat DAP pula yang terbang. Satu kerajaan yang mengambil masa 50 tahun untuk dibina boleh tumbang dalam masa kurang sebulan selepas pilihan raya!
Di Kelantan kerajaan mampu bertahan lama sungguhpun perbezaan majoriti ADUN adalah satu, tetapi mengikut Nik Abdul Aziz, ketahanan itu adalah berdasarkan ‘keimanan’ yang kuat yang ada pada setiap anggota DUN PAS. Keimanan itu tidak dapat digugat oleh harta dan takhta, kata Nik Aziz. Bagaimana pula tahap kepatuhan kepada prinsip parti DAP dan PKR di kalangan ADUN mereka, sekental ADUN PAS Kelantan?
Selama 6 jam berikutan pengumuman Sivasubramaniam keluar parti, penulis dihujani sms, telefon dan e-mel dari kawan-kawan berkaitan kejadian yang mengejutkan mereka itu. Banyak menyalahkan DAP kerana dituduh terlalu memberi tumpuan kepada kebajikan orang Cina tetapi lupa akan orang Melayu dan
Bagi mereka yang menyalahkan DAP kerana lebih memntingkan kaum Cina apabila memberi kedudukan kerajaan kepada ADUNnya memberi contoh bahawa hanya seorang India diberi tempat exco di Perak sedangkan lima yang lain semuanya dibolot oleh Cina.
Menganalisis keputusan pilihan raya DUN Perak baru-baru ini kita dapati DAP memenangi 18 kerusi berbanding 6 dimenangi PAS dan 7 dimenangi PKR. Jumlah kerusi dimenangi DAP jauh melebihi kerusi dimenangi gabungan PAS dan PKR. Maka, logiklah bagi DAP mendapt 6 jawatan exco berbanding 4 untuk gabungan PAS dan PKR apalagi apabila PAS sudah pun diberikan jawatan Menteri Besar.
DAP memang tidak meletakkan seorang pun calon Melayu di Perak kerana semasa membahagi kawasan untuk bertanding, DAP menyerahkan tugas menawan kerusi Melayu itu kepada PAS dan PKR. Seramai 14 orang calon DAP adalah Cina dan 4 orang India. Kesemua calon mereka menang. Ramai calon PAS dan PKR kalah dan ini memudaratkan peluang mereka dilantik exco. Dari 28 ADUN yang membarisi pembangkang (BN-UMNO) kesemuanya Melayu kecuali satu Cina.
Keributan yang dicetuskan oleh Sivasubramaniam menyebabkan pihak BN di Perak mengambil kesempatan untuk tidak menstabilkan politik kerajaan di peringkat negeri itu. Keutuhan prinsip dan keyakinan calon PKR Hutan Melintang, K. Subramaniam mula digugat. Angin membawa khabar bahawa beliau juga akan bertindak keluar parti meninggalkan PKR untuk menyertai BN di atas alasan sama seperti diberikan oleh ADUN Buntong pada siangnya. Pastinya, Subramaniam tidak dapat digugat.
Kalau itu berlaku maka tumbanglah kerajaan pakatan BA di Perak. Bagaimanapun, keresahan itu reda selepas 6 jam ia tercetus. Kira jam 6 petang hari sama, Sivasubramaniam mengisystiharkan bahawa beliau membuat keputusan menarik balik surat peletakan jawatannya dan keluar parti. Bel;iau kekal sebagai ADUN DAP. Gambar beliau tersiar di dalam Sinar Harian Selasa 1 April begitu gembira semasa dirakam pada sidang media mengumumkan pembatalan peletakan jaewatannya..
Banyak persoalan yang berbangkit berikutan peletakan jawatan ADUN ini. Komen yang diberikan kepada penulis amat pelbagai. Banyak teguran diberi kepada ADUN baru ini. Mereka marahkan kerana dia bercakap tentang ras dan mahukan beliau meletak jawatan ADUN dan kembali mendapat mandat pengundi. Dia juga dingatkan bahawa pada peringkat awal dia telah memberi surat akuan kepada Pemangku Raja Perak menyatakan sokongan kepada kerajaan baru pimpinan Nizar.
Di antara komen yang penulis terima dan tertarik memperturunkannya kembali ialah yang mengingatkan Sivasubramaniam bahawa ini bukannya masa lagi bercakap tentang ras atau kaum terutamanya apabila dia mengambil keputusan menyertai DAP. Dia diangatkan menyertai MIC atau HINDRAF kalau masih mahu bercakap tentang perkauman India . DAP bukan untuknya.
Penulis berasa adalah terlalu awal bagi sesiapa untuk menilai sumbangan kerajaan baru ini terhadap kebajikan sesuatu kaum. Berilah peluang kepada kerajaan PAS-DAP-PKR ini bernafas seketika sebelum mereka dituntut menunaikan tanggungjawab kepada penyokong masing-masing.
Kehadiran seorang exco tunggal dari kaum India tidak semestinya memberi maksud beliau akan tidak mampu menjaga kebajikan kaum india . Prinsip kebajikan dan kemanusiaan yang seharusnya ada pada mana kerajaan yang bertanggungjawab boleh menjamin setiap masyarakat mendapat pilihan yang lebih baik. Di Kelantan, Terengganu, dan Perlis tidak kedapatan seorang pun anggota exco dari kalangan kaum India tetapi kebajikan kaum itu tetap terpelihara.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home