BN jangan ulangi kesilapan di Kelantan
Tersiar dalam akhbar Sinar Harian, Jumaat 11 April, 2008 muka N10
Oleh Dr Aisar Yee Abdullah
Sebelum pilihan raya terakhir baru-baru ini, hanya Kelantan berupa negeri yang tidak dianggap sebulu dengan kerajaan Persekutuan. Kesemua negeri yang lain mempunyai bulu sama, iaitu diperintah oleh Barisan Nasional. Kerana ia negeri tunggal, penyisihan yang dilakukan ke atas Kelantan tidak ketara dan pentadbiran PAS Kelantan menerima penyisihan itu sebagai takdir. Ia merungut, tetapi suaranya kecil, tidak kedengaran. Peminggiran ke atas Kelantan berterusan.
Kelantan tidak mendapat kerjasama dari kerajaan Persekutuan. Pembinaan Lebuhraya Pantai Timur dirancang dibina setakat sempadannya sahaja. Ia tidak melintasi negeri Kelantan. Pembangunan-pembangunan yang dirancang oleh kerajaan Persekutuan tidak dibincang bersama pentadbiran Kelantan. Ia diurus oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan yang diketuai oleh seorang Pengarah yang didatangkan dari Kuala Lumpur . Pengarah ini berurusan hanya dengan Pengerusi Perhubungan BN Negeri. Pengerusi Perhubungan BN negeri diiktiraf sebagai MB ‘tidak rasmi’ negeri berkenaan.
Menteri Besar Kelantan tidak pernah dijemput menghadiri Mesyuarat Majlis Menteri Besar dan Ketua Negeri yang dianjurkan oleh kerajaan Persekutuan. Mesyuarat ini turut sama dihadiri oleh Perdana Menteri dan beberapa orang menteri kanan yang lain. Mesyuarat ini membincang strategi pembangunan dan kerjasama di antara negeri-negeri Persekutuan kecuali Kelantan. Kelantan terpinggir. Peminggiran terhadap Kelantan dilakukan juga oleh kementerian-kementerian lain. Pembangunan Kelantan lembab kerana dikatakan akibat kerjasama di antara kerajaan negeri dan persekutuan renggang.
Selepas PRU-12 Mac lalu, empat buah lagi jatuh ke tangan parti bukan BN memilih Pakatan Rakyat sebagai pentadbir negeri. Mesyuarat Majlis Menteri Besar dan Ketua Menteri selepas ini akan menjadi kurang berkesan kerana tidak lagi dianggotai oleh negeri-negeri maju seperti Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Tanpa negeri tersebut serta Kelantan dan Kedah, keanggotaannya menjadi lebih kecil.
Keadaan yang wujud itu memaksa kerajaan Persekutuan mencari satu mekanisma yang sesuai bagi mempastikan pelaksanaan segala projek yang dirancangnya untuk negeri-negeri tersebut berjalan lancar. Seorang Timbalan Menteri khusus telah pun dilantik untuk tujuan itu dan dia ialah Datuk Mohd Johari Baharum. Mekanisma yang pernah diamalkan di Kelantan dan juga di Terengganu dan Sabah (sewaktu kedua-dua negeri ini diperintah oleh pembangkang) dikaji.
Mengikut Johari, setakat ini mekanisma yang dipraktikkan di Terengganu berupa yang paling pratikal. Ramai menduga bahawa konsep seperti penyaluran ‘wang ihsan’ itulah yang akan dijadikan model. Semua peruntukan dari kerajaan akan diselia oleh ketua BN di peringkat negeri. MB atau KM negeri berkenaan langsung tidak berperanan. Tahu-tahu, projek dah siap. Berapa kosnya, hanya kerajaan pusat dan ketua BN negeri yang tahu dan bertanggungjawab.
Penafian penggunaan wang royalti petroleum ini telah membawa tumbangnya kerajaan Pas Terengganu dan BN berharap strategi sama akan membawa kepada tumbangnya juga negeri-negeri lain pada masa akan datang. Jika kerajaan-kerajaan negeri tidak dapat memenuhi janji pilihan raya akibat kekurangan wang, pengundi akan keciwa dan diharapkan kembali memangkah BN. Itulah strateginya.
Strategi BN ini nampaknya tidak menyenangkan rakyat kerana ia bercanggah dengan konsep demokrasi dan konsep hubungan kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia tidak menghormati keputusan rakyat yang memilih kerajaan berdasarkan hak yang ada pada mereka. Sebagaimana rakyat Johor berhak memilih kerajaan BN, begitulah hak rakyat Kedah untuk menolak kerajaan BN. Hak mereka semuanya terjamin oleh Perlembagaan.
Sehubungan itu adalah tidak bijak bagi pihak berkuasa di kerajaan Persekutuan untuk memerintah pegawai-pegawai negeri yang dulunya berkhidmat dengan negeri yang ditadbir oleh BN untuk meletak jawatan dan kemudian melantik mereka semula di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan untuk jawatan yang sama. Kita lihat kes ini berlaku bagi jawatan ketua kampung dan anggota Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK).
Pengumuman Menteri Pembangunan Luar Bandar, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib bahawa semua ketua kampung dan anggota JKKK di kelima-lima negeri yang diperintah PA yang meletak jawatan akan diserapkan ke dalam jabatan Persekutuan dan terus menerima gaji dari kerajaan Persekutuan. Beliau dipetik berkata bahawa sebaik sahaja mereka berhenti mereka akan diserap serta dibayar elaun sebanyak RM400 sebulan dicampur pelbagai elaun lain yang layak bagi mereka. Tugas dan tanggungjawab mereka adalah sama, iaitu menjaga kampung sama tetapi hanya bertanggungjawab kepada kerajaan.
Mereka yang dilantik ini mengikut Muhammad akan mengendalikan semua projek kerajaan pusat di tempat mereka. Ditanya apa yang akan terjadi kepada ketua kampung yang akan dipilih melalui pungutan suara oleh kerajaan negeri yang baru, Muhammad berkata itu terpulang kepada kerajaan negeri. Lantikan sebelum ini bukan melalui pungutan suara tetapi dipilih dari kalangan anggota parti BN. Sama ada bidang kerja kedua-dua lantikan Persekutuan dan negeri itu bertindih, Muhammad menjawab itu kehendak mereka. Di Perak terdapat seramai 817 penghulu dan 11,438 orang anggota JKKK dan di Kedah seramai 1,938 anggota JKKK yang diserap ke jawatan di bawah kementerian beliau.
Dalam bidang lain, terdapat juga berita yang menyebut adanya arahan melarang pihak sekolah menjemput wakil-wakil rakyat bukan BN dari menghadiri majlis-majlis anjuran sekolah. Keutamaan diberikan kepada menteri, timbalan menteri, pengarah pendidikan atau wakil mereka atau ketua masyarakat untuk dijemput ke majlis anjuran sekolah atau PIBG. Tokoh selain itu hendaklah mendapat persetujuan jabatan pendidikan dahulu. Sebelum ini tidak kedengaran adanya arahan seperti itu kerana kesemua tokoh tempatan adalah orang dari parti kerajaan. Tokoh pembangkang tidak wujud.
Kekecohon juga timbul apabila Menteri Pelancongan yang baharu mengumumkan bahawa beliau bertindak menamatkan perjanjian persefahaman (MOU) yang dibuat oleh kementeriannya dengan kelima-lima negeri di bawah kekuasaan PA kerana adanya perubahan kerajaan pada peringkat negeri. Penamatan ini adalah kerana amalannya ialah kementerian berurusan dengan exco yang bertanggungjawab ke atas pelancongan negeri dan exco itu sekarang pastinya bukan dari kalangan BN lagi.
Semua tindakan di atas dan beberapa tindakan lain tidak disebut di sini menggambarkan sikap diskriminasi kerajaan Persekutuan terhadap kerajaan negeri yang sah. Ia tidak sepatutnya berlaku di dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan sistem federalism. Setiap unit negeri ada tanggungjawabnya terhadap kerajaan Persekutuan dan kerajaan Persekutuan juga ada tanggungjawabnya terhadap kerajaan negeri. Kerajaan negeri membenarkan kerajaan pusat memungut cukai-cukai seperti dalam bentuk cukai pendapatan, cukai kastam dan esksais dan lain-lain dan menyalurkannya kembali dalam bentuk sumbangan per kapita dan projek-projek pembangunan. Kerajaan negeri menyerahkan hasil mahsul minyak dan mengharapkan adanya bayaran royalti darinya.
Terdapat banyak rungutan dan kritikan tersiar dalam blog-blog yang tidak bersetuju dengan tindak tanduk terakhir dari kerajaan pusat ini. Ada mempersoalkan sikap kerajaan Persekutuan yang mengambil pendirian bahawa hanya ia sahaja yang tahu mengendalikan projek-projek dan projek demikian tidak boleh diserahkan kepada kerajaan negeri kerana ini akan mendedahlan kepada penyalahgunaan. Mereka bertanya, tidak mungkinkah yang sebaliknya akan berlaku sebagaimana persepsi ramai sekarang?
Pertanyaan juga dibangkitkan tentang betapa mudahnya kerajaan Persekutuan mencipta ribuan jawatan yang mempunyai pertindihan dengan jawatan yang ada di peringkat negeri semata-mata untuk memuaskan hati anggota parti kerajaan tanpa mempedulikan pembaziran yang akan terjadi. Puluhan juta wang cukai dari rakyat akan dibazirkan. Mereka bertanya, bolehkah parti BN sendiri yang membiayai pembayaran gaji mereka kerana lantikan-lantikan itu akan banyak melakukan parti. Wang itu mungkin lebih baik digunakan untuk menyara gaji belia-belia yang menganggur.
Langkah-langkah yang diambil oleh BN ini nampaknya sebagai langah berundur. Sebaliknya mereka mengharapkan kerajaan BN mengambil tindakan-tindakan yang boleh mereda hati mereka dan membuatkan mereka kembali mengundi BN lain kali. Meraka mahu BN mengkaji sedalam-dalamnya tindakan mereka di Kelantan yang menyebabkan mengapa rakyat Kelantan begitu jauh hati dengan BN. Di Kelantan ada ketua kampung BN ada ketua kampung PAS, ada penggawa PAS atau ketua mukim BN, ada imam PAS ada imam BN. Ada MB ada juga Pegawai Kemajuan Persekutuan.
Bolehkah BN menjemput kembali MB Kelantan menyertai Mesyuarat MB-KM di Kuala Lumpur? Darah panas pemimpin parti akibat kekalahan pada pilihan raya lalu masih menguasai diri? PM Abdullah sudah berkali-kali mengingat bahawa dia adalah PM untuk seluruh
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home